Contact No.: 019-2857715

Thursday, 10 January 2013

Menukar kompressor baru pada Proton Saga AB 1.5

Kereta ni mengalami masalah kerosakkan system penghawa dingin, dimana setelah diperiksa komponen penting iaitu kompressor telah pun rosak. Selain dari itu receiver atau juga dikenali sebagai dryer sebaiknya perlu ditukar disebabkan system ini sudah lama tak diselenggara. Begitu juga dengan kipas yang berfungsi untuk menyejukkan condensor juga perlu ditukar disebabkan putaran bilah kipas sangat perlahan dan berbunyi. Jadi ada tiga komponen yang perlu ditukar iaitu kompressor, filter dan motor kipas. Pembaikan ini memerlukan pengisian gas semula, minyak kompressor dan flushing seluruh system. Ini adalah untuk memastikan sytem ini berfungsi dengan effisen yang tinggi dan tidak mengalami masalah kepada kompressor.



Kompressor Denso dan receiver baru


Motor kipas dengan 5 bilah 


Komponen yang rosak


  Alhamdulillah, kerja pembaikan berjaya siap dalam 2 jam dan pelanggan amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Jadi kepada anda semua yang mengalami masalah penghawa dingin boleh lah hubungi saya pada no yang tertera di atas..

# System penghawa dingin memerlukan servis sekurang-kurangnya 1 tahun sekali. Kegagalan berbuat demikian akan membawa kepada kerosakkan komponen penting seperti kompresor, filter dan cooling coil yang akan menelan belanja yang berlipat daripada kita servis system aircond. Harga kompressor mengikut jenis kereta untuk saga ini kompressor sahaja dah RM390. Tuan-tuan dan puan-puan, biasanya kompressor ini ada qualiti dan harga yang berbeza. dan saya syorkan dipilih la qualiti dan mendapat jaminan sekurang-kurangnya sebulan. Tapi Alhamdulillah kompressor saga ni mendapat 3 bulan jaminan. Jadi sangat berbaloi dengan harganya. Puan empunya kereta pun amat senang hati mendengarnya.

# Promotion Now!!! Untuk makluman anda saya ada membuat servis untuk system aircond ini, iaitu untuk harga promosi adalah RM130 nett. System aircond anda akan di flushing dan cooling coil akan dibuka untuk pembersihan dan juga penambahan gas yang baru.

Sekian, terima kasih...

No comments:

Post a Comment