Contact No.: 019-2857715

Thursday, 10 January 2013

Menukar kompressor baru pada Proton Saga AB 1.5

Kereta ni mengalami masalah kerosakkan system penghawa dingin, dimana setelah diperiksa komponen penting iaitu kompressor telah pun rosak. Selain dari itu receiver atau juga dikenali sebagai dryer sebaiknya perlu ditukar disebabkan system ini sudah lama tak diselenggara. Begitu juga dengan kipas yang berfungsi untuk menyejukkan condensor juga perlu ditukar disebabkan putaran bilah kipas sangat perlahan dan berbunyi. Jadi ada tiga komponen yang perlu ditukar iaitu kompressor, filter dan motor kipas. Pembaikan ini memerlukan pengisian gas semula, minyak kompressor dan flushing seluruh system. Ini adalah untuk memastikan sytem ini berfungsi dengan effisen yang tinggi dan tidak mengalami masalah kepada kompressor.



Kompressor Denso dan receiver baru


Motor kipas dengan 5 bilah 


Komponen yang rosak


  Alhamdulillah, kerja pembaikan berjaya siap dalam 2 jam dan pelanggan amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Jadi kepada anda semua yang mengalami masalah penghawa dingin boleh lah hubungi saya pada no yang tertera di atas..

# System penghawa dingin memerlukan servis sekurang-kurangnya 1 tahun sekali. Kegagalan berbuat demikian akan membawa kepada kerosakkan komponen penting seperti kompresor, filter dan cooling coil yang akan menelan belanja yang berlipat daripada kita servis system aircond. Harga kompressor mengikut jenis kereta untuk saga ini kompressor sahaja dah RM390. Tuan-tuan dan puan-puan, biasanya kompressor ini ada qualiti dan harga yang berbeza. dan saya syorkan dipilih la qualiti dan mendapat jaminan sekurang-kurangnya sebulan. Tapi Alhamdulillah kompressor saga ni mendapat 3 bulan jaminan. Jadi sangat berbaloi dengan harganya. Puan empunya kereta pun amat senang hati mendengarnya.

# Promotion Now!!! Untuk makluman anda saya ada membuat servis untuk system aircond ini, iaitu untuk harga promosi adalah RM130 nett. System aircond anda akan di flushing dan cooling coil akan dibuka untuk pembersihan dan juga penambahan gas yang baru.

Sekian, terima kasih...

Tuesday, 8 January 2013

Pemasangan CAI + Kon air filter

CAI=Cold Air Intake
Kelebihan system ini ialah penambahan torque sekitar 0.5 - 1.5% dan kereta akan berasa lebih ringan...
Tak percaya cube dulu...paling best bunyi die sedapp...
Sesuai untuk semua jenis kereta...
System ini membolehkan enjin menerima pengudaraan yang lebih baik kerana mendapat udara yang sejuk dari luar dan kandungan oksigen yang lebih baik dari bahagian dalam enjin...




                                 Ni CAI + kon air filter yang dimuatkan dalam enjin satria 1.6 4g92P


Perkhidmatan upgrade sound system

Kepada sesiapa yang berminat nak upgrade sound system pun boleh...LCD player, DVD player, tambah amplifier, subwoofer, pre-amp, set component, speaker dan lain-lain...

Promosi Servis Kereta.

Assalamua'alaikum semua yang menyiarahi blog saya ni...
Di sini saya nak berkongsi sikit pada anda semua yang saya ada menyediakan perkhidmatan membaiki kereta. Tak kisahlah kereta jenis brand apa, dan antara yang saya buat ialah... 

1. Tukar minyak hitam(minyak enjin) 
2. Oil filter 
3. Air filter dan pelbagai filter lah 
4. Minyak gearbox (manual/auto transmision) 
5. Pemeriksaan bateri
6. Tukar tayar dan sport Rim 
7. Alternator 
8. Brake system 
9. Radiator (cooling system) 
10. Servis Aircond 
11. Dan yang sewaktu dengannya...

Kereta akan diservis di kawasan Bangi sahaja. Sekiranya kereta di luar kawasan bangi, kami menyediakan perkhidmatan mengambil kereta anda ke Bangi untuk diservis di sini. Tetapi, sedikit bayaran akan dikenakan untuk khidmat tersebut. Untuk pengetahuan anda semua, saya tidak mempunyai bengkel dan kereta hanya dibaiki di rumah sahaja...sekiranya pembaikan memerlukan mesin saya akan ke bengkel kawan atau ke bengkel kolej je...harap maklum....

Hubungi saya pada email: zafran7798@gmail.com